Thursday 12 January 2012

sometimes..break up is a blessings..

Kadang-kadang putus cinta itu adalah satu anugerah.satu rahmat.tapi secara jujurnya dulu aq merasakan bahawa putus cinta itu adalah satu bencana.susah.payah.terlalu payah.tak dapat aq gambarkan dengan kata-kata.sehinggakan sampai saat ini aq masih rasa seperti kejadian itu baru sahaja berlaku semalam.mana mungkin ia dikatakan sesuatu yang mendatangkan kebaikan terhadap diri aq.untuk pertama kali dalam hidup aq menyayangi seseorang dengan sepenuh dan seikhlas hati.

sungguh.aq tak pernah walaupun sekali membayangkan cinta itu akan pergi dengan mudahnya.dan betapa susahnya aq ingin melepaskan rasa itu pergi.bagaikan berada dalam satu mimpi ngeri tapi kau takkan pernah dapat bangun dari mimpi itu.perit.pedih.seksa.untuk melupakan mungkin memerlukan masa bertahun-tahun atau seumur hidup.kadang-kadang bila kenangan itu datang menjengah pasti air jernih itu akan laju mengalir.dan rasa itu datang kembali.

Kadang-kadang aq tertanya-tanya..kenapa adanya orang yang tidak menghargai kasih dan sayang orang lain terhadap dirinya?kenapa?dan kenapa cinta dia untukku mudah sahaja hilang..mudah sahaja berpaling.kenapa?dan kenapa cinta aq padanya tidak pernah hilang?tidak pernah pudar?terlalu banyak persoalan yang kadangkala tidak terjawab.takdir.mungkin takdir.suratan hidupku.

Belajar melepaskan.belajar melepaskan dengan seikhlas hati.belajar untuk redha terhadap semuanya..bukan senang untuk meredhakan diri atas segala yang berlaku.mungkin aq pasrah.pasrah  di atas segalanya.bukankah ini suratan Tuhan.bukankah ini adalah dalam perencanaannya.aq cuma perlu bersabar bukan?

Jika aq renung dan hitung kembali apa yang berlaku,memang perit.pedih.tapi cuba lihat dari segi positifnya..memang terlalu banyak kebahagiaan yang Tuhan kurniakan kepada aq.alhamdulillah.kalau aq masih lagi in a relationship dengan dia,mungkin aq akan sentiasa rasa insecure.kalau aq masih lagi dengan dia,tidak mungkin aq akan mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa ada untuk aq meluahkan rasa.kalau aq masih lagi di sisi dia,mungkin aq tidak dapat mengenali insan-insan yang hadir dalam hidup aq sekarang.

Tidak cukup lagi kah apa yang Tuhan kurniakan?aq kehilangan seorang insan yang aq kasihi tetapi Tuhan gantikan aq lebih dari seorang insan yang mengasihi aq.syukur Ya Allah..Ya Allah..jika aq jatuh cinta lagi,aq berharap cinta itu akan kekal sehingga akhir hayatku.Ya Allah..ikhlaskanlah hatiku di atas segala yang berlaku. Dan kau bahagiakanlah dia sepertimana dia pernah bahagiakan aq suatu masa dahulu..amin.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday 9 January 2012

baju raihan ;)

Assalamualaikum….

Dah lame aq tak update aq nyer blog yang ni….hehe..nak diceritakan semalam masa aq pegi kuar nge kawan-kawan merangkap coursemate aq yang tersayang,aq terjumpa sesuatu…
Apekah sesuatu itu?jeng jeng jeng…sesuatu itu adalah sepasang baju raihan..sepasang ke?sehelai kot…sebab baju jer..mana ada seluar..ngeh ngeh ngeh…

Bila aq tengok baju tu aq teringatkan seseorang….siapakah gerangan yang aq teringat tu?cube teke…haha….seseorang itu adalah…………

Adalah….

Adalah…..

ASHRAFF MUSLIM!!!

Kenapa?sebab ashraf muslim pakai baju tu dalam cerita…erm..citer ape ye?..haa...aku masih dara..perghh…ensem kot…orang yang tak ensem kalau pakai baju tu pun akan jadi ensem,ye dak?hahaha…apatah lagi orang yang ensem….kalau tengok lelaki pakai baju raihan mau tak tido malam aq…haha…acah jer…
pernah sekali  kawan baik merangkap beloved  bf fb aq pakai baju tu tyme kuliah…memang sweet lah..tak puas tengok…keh keh keh…siap aq suruh dye belikan baju tu banyak-banyak..bakal abang ipar aq pun pernah pakai..tapi dye pakai nge kain pelikat sebab mase tu dye baru balik dari solat jumaat so tak nampak sangat lah kehenseman dye pakai baju tu..muahaahaha..sebab orang yang pakai baju tu akan terserlah kehenseman kalau pakai dengan seluar…hehehe…